aLL i ReaLLy NeeD is TiMe..

” I know I can be a little stubborn sometimes.. A little righteous and too proud.. but I do want to find a way to compromise Cos I believe that we can work things out….. “

CiNTa & PeRSaHaBaTaN

Filed under: KaTa Hati Ku? — fina-sophie at 1:17 am on Saturday, May 5, 2007

Cuba utk mengenali seseorang begitu menarik lebih-lebih lagi jika kita rasa keserasian yang ketara. Tapi
bagaimana kita berhadapan dengan situasi di mana konflik hati mula tercetus?
Kita serasi, kita mesra.. tapi realitinya, insan itu teman baik kita…

Pernahkah anda
berhadapan dgn situasi begini?

Andai diluahkan, takut
hubungan itu jadi kacau. Tidak diluah, takut dia tidak sedar ada hati yang
menunggu.. Ramai antara kita dalam dilema begini. Keliru mahu berteman dengan
teman sendiri, seolah-olah ada larangan tak bertulis. Perlukah kita jauhkan
rasa sayang pada teman sendiri? Adakah cinta hanya untuk orang asing? Its
confusing…

Love is a beautiful
thing. Bohonglah kalau ada yang mengatakan mereka boleh hidup tanpa cinta.
Tipulah mereka kalau boleh hidup sendiri. Jika benar sangkaan mereka tak
mungkin Tuhan jadikan kita semua berpasangan. Tanpa cinta, tak mungkin
seseorang itu boleh hidup bahagia.

Jika ‘love is blind’,
kenapa ramai yang memilih dan melarang diri sendiri untuk jatuh cinta,
menjauhkan pulak diri dari dia yang sudah berkenan……

cinta datang &
pergi mcm cahaya.. bila ada, terang semua.. bila tiada, gelap rasa..


jadinya.. bila kita merasakan si dia itu sesuai.. dah faham rentak, hati budi dan
lain-lain.. [ikut sesedap rasalah], walaupun baru kenal, mengapa tidak teruskan
cinta itu walaupun dalam diam. bila tiba masa sesuai utk terus terang, jangan
tunggu. tp janganlah baru kenal 2-3 minit atau hari terus kata cinta. macam
gelojoh la plak. kira pandai2 timing la. pandai tuning. ikut selera masing2. senang
cakap, perkara berkaitan cinta ni hal yg berulang2. kalau dijadikan topic
diskusi, mmg takkan habis..

tapi, di era teknologi
makin berkembang ni, faktor percaya atau tidak kpd seseorg perlu diambil lagi
berat. sbb zaman makin canggih.. orang makin letih.. bukan letih apa. letih nak
bercakap benar.. part ni mmg kena hati2 sket aa.

especially yg bercinta
ala2 tenet gitu.. guna YM cthnya..

yg pasti, kalu rasa ada
cinta pada seseorg, kuatkan semangat.. cakap jer.. dia terima ke tidak.. kira
blakang lah.. moment yg best tu kalu dah tiba utk diluahkan.. luakan jer.. usah pendam2..

disamping itu, kena
perhati jugak sign yg si dia beri.. bagilah hint sket. Tengok respon si dia
camaner. Positif, negatif atau natural. Natural tu, kira as no respon a. hehe..
lagi satu, tak salah jika perempuan yang mula dahulu. Oh come on dan sedarlah,
istilah perigi mencari timba atau kuntum mencari kumbang sudah tidak relevan
lagi! ;p

hehe.. kalau berdegil
juga, jiwa bisa jadi kacau.. fikiran bisa sasau..

cinta dalam persahbatan
sebenarnya tidak perlu untuk kita elakkan kehadirannya. Sesungguhnya dalam
mencari cinta, kita kadang-kadang tak sedar yang true love itu sebenarnya just
around the corner… malah sometimes, ianya berada di depan kita. Dan selalunya,
kawan rapat kita itulah yang menjadi cinta hati kita sebenarnya kerana
persefahaman yang sudah terjalin erat. So, BOTTOM LINE is… ianya tak salah!

Dari pengalaman saya,
jatuh cinta dengan sahabat adalah sesuatu yang memberi harapan dan kepuasan
yang penuh bermakna. Siapa lagi yang lebih tahu tentang keinginan kita kalau
bukan teman rapat kita? bercinta dgn teman sendiri memang mengundang bermacam
soalan dan dilema tapi tepuk dada, tanyalah selera. adakah kita cukup tabah
untuk kehilangan orang yang paling istimewa dalam hidup kita kiranya hajat
tidak terlafaz dgn kata-kata? Adakah anda lebih selesa mendiamkan sahaja rasa
yg kian berputik itu? kalau tak, then its time for you to try…

semua orang kata susah
nak tolak hadirnya cinta tapi kenapa ramai yang membuat undang2 sendiri? bila
berteman biasa jgn sesekali undang cinta, bila berkawan rapat jangan sesekali
bermanja. tapi kita tak sedar ke orang itu yg di depan mata sebenarnya yang
faham isi hati, budi dan rajuk di hati kita? kenapa perlu kita bersusah payah
mencari orang asing untuk zahirkan sayang sedangkan dia mungkin takkan faham
siapa kita…

love is blind.. well, thats
what people say but everyone keeps helping love to search its way. why can’t
you let love loose, let it be, set it free and allow it to find its own way?



3 Comments »

22

   blussssssss

May 5, 2007 @ 5:03 am

i like wat u write….. i gv u a perfict 10……. betul tu… love dont need a reason. its just hapen to be that way…….. its a mistery of love…………

23

   blussssssss

May 5, 2007 @ 5:03 am

i like wat u write….. i gv u a perfict 10……. betul tu… love dont need a reason. its just hapen to be that way…….. its a mistery of love…………

24

   bin kosman

May 17, 2007 @ 11:39 am

duhhh..

bnyk pngalaman ek ko ni..
aku jd jeles..
sronok je bc pe yg ko tulis..
bgos..
pngajaran ntuk aku gak..

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>