HaTi MaHu BeBasSss..
Sabtu baru2 ini, aku bertemu seorang teman yg telah agak lama bersamaku (kenal since form 4 hingga masuk UUM sama2, ko kay pun dapat group yg sama..). Sementara menunggu waktu kuliah, kami berbual ringkas ~
Petang itu, aku bertnya ttg hubungan dia dan kekasih hatinya. mengingat kembali kisah2 mereka sepanjang zaman persekolahan, aku hanya tersenyum sendirian. They are such a cute couple. cukup glemer skali mereka.. Cikgu2 yang ajar kitorang pun da cukup maklum. Sudah sering jd bahan usikan tp pasangan ini hanya menjawab dengan senyuman seribu makna.. yang lelakinya adalah teman sejawatanku. Orangnya tinggi, berkulit cerah, sedikit kurus, punya side-burn.. he’s so cute. Waktu program realiti tv Akademi Fantasia 2, yang waktu itu menampilkan Kaer (di mana kaer skrg? ), semua org berpendapat lelaki itu mirip Kaer Af2. Yang perempuannya pulak memang cukup disenangi ramai. Perwatakannya yang sentiasa ceria, punya sense of humor yang tinggi, ditambah dengan hatinya yang jujur dan ikhlas menyebabkan ramai yang senang berteman dengan gadis itu.. termasuk aku. D UUM ni, dia amik kos kerja sosial ~ ku kira cukup sesuai dengannya.
Lamunan terhenti bila gadis itu membuka mulut. Aku agak terperanjat bila saja tahu yang hubungan mereka telah berakhir.
Hidup penuh kejutan….
Ku lihat dia hanya tersenyum. Ceria seperti biasa dengan senyuman nakalnya itu. Ya.. pasti dia ada alasan tersendiri. Cinta sudah mati, jelasnya perlahan. Hatinya sudah tawar. Tidak pula dia memberitahu perkara sebenar dan aku pula tak sempat bertanyakan yang lebih dalam kerana dia mula bertanyakan hal aku. Mungkin ingin mengelak. Aku mengerti sahaja.. mengikut rentaknya.
“single udah ni” ujarku dalam senyuman. Tp entah apa nama senyuman ini? Tak pasti ikhlaskah aku.
“aik, sejak bila pandai single2 ni? Ndak pernah dengar kau single!” tingkahnya dalam loghat sabah yang pelat.
Benar juga, detik hatiku. Sejak bila aku betah memegang title single?
Aku terdiam beberapa saat sambil spontan memandang wajah gadis itu.
Cuba utk memahami sesuatu yg aku sepatutnya sedar dr dulu lagi. Aku tersenyum sejurus selepas itu dan ketawa.. Dan gadis itu rupanya sudah ketawa, mendahului ku. Pastinya ketawa atas sebab yg berbeza.
Rasa semakin bebas ~~~
Jangan hairan. Sebelum ini, sebelum berstatus single, semua diari2 dan catatan2ku adalah atas nama cinta. Kerana aku insan yang penuh cinta.
So, apa point cerita aku ni? Haha.. Fikirkan.
Sampai bertemu.