aLL i ReaLLy NeeD is TiMe..

” I know I can be a little stubborn sometimes.. A little righteous and too proud.. but I do want to find a way to compromise Cos I believe that we can work things out….. “

AbSoLuTa SiemPre

Filed under: KaTa Hati Ku? — fina-sophie at 1:55 am on Wednesday, January 24, 2007

"I like his spirit. I like the way he try to tell his story, the way he makes jokes. even most of the time i find it is just because he wants to get the attention. he’s likeable. but i guess, we have to be careful with likeable person. One thing for sure, this could not be love. However, now he’s gone. Don’t know how that special feeling (not love) could leave without a trace."

Haha.. i always say things like this.. sort of. Well, i used to admire so much people for so much reason. But usually, it is temporarily. When time passes, people come and go, things change.

But know who i admire the most in this world? Esta mie familia.

i admire my dad regarding to the great love and the deadful sacrifices he gave away for his family.. incondisional mente. he’s so thoughtful.. and i do LOVE him s0o0o0o much i can ever describe. Oh well. Crying a bit. Yea.. i just remembered every lil’ thing i do that cause his heart to break.

I LOVE my mom too.. for many reason. But one another thing that make me admire her is that she always supporting over me even sometimes it doesn’t go that way. Talk about few years ago, there’s one hard and long moment when i really hating and blaming her for what and who i am. It was really a hard time for me, u guys. Such hurdle for that little girl that i used to be. But i’m so grateful that i’ve been through it all before. Now, she is not just my mom, she’s my close friend ~whom i can talk whatever with. Sure, in love she’s the most luckiest woman i managed to remember. Long hair, nice body (before she get married n having babies), got married with her first love, live happily with cute children ( :p) with business growing strong each day.. now she only could ask for people stop jealousing on her. If any. Haha.. kidding.

and i do admire every close people around me.. for different reason in certain parts ~which i wish i could mention the reasons here.

But still i can’t find ways to tell them how dearly i love them.

"Sometimes, person we love the most turns to be the hardest person for us to love"

HaTi MaHu BeBasSss..

Filed under: KaTa Hati Ku? — fina-sophie at 3:31 am on Sunday, January 21, 2007

Sabtu baru2 ini, aku bertemu seorang teman yg telah agak lama bersamaku (kenal since form 4 hingga masuk UUM sama2, ko kay pun dapat group yg sama..). Sementara menunggu waktu kuliah, kami berbual ringkas ~

Petang itu, aku bertnya ttg hubungan dia dan kekasih hatinya. mengingat kembali kisah2 mereka sepanjang zaman persekolahan, aku hanya tersenyum sendirian. They are such a cute couple. cukup glemer skali mereka.. Cikgu2 yang ajar kitorang pun da cukup maklum. Sudah sering jd bahan usikan tp pasangan ini hanya menjawab dengan senyuman seribu makna.. yang lelakinya adalah teman sejawatanku. Orangnya tinggi, berkulit cerah, sedikit kurus, punya side-burn.. he’s so cute. Waktu program realiti tv Akademi Fantasia 2, yang waktu itu menampilkan Kaer (di mana kaer skrg? ), semua org berpendapat lelaki itu mirip Kaer Af2. Yang perempuannya pulak memang cukup disenangi ramai. Perwatakannya yang sentiasa ceria, punya sense of humor yang tinggi, ditambah dengan hatinya yang jujur dan ikhlas menyebabkan ramai yang senang berteman dengan gadis itu.. termasuk aku. D UUM ni, dia amik kos kerja sosial ~ ku kira cukup sesuai dengannya.

Lamunan terhenti bila gadis itu membuka mulut. Aku agak terperanjat bila saja tahu yang hubungan mereka telah berakhir.

Hidup penuh kejutan….

Ku lihat dia hanya tersenyum. Ceria seperti biasa dengan senyuman nakalnya itu. Ya.. pasti dia ada alasan tersendiri. Cinta sudah mati, jelasnya perlahan. Hatinya sudah tawar. Tidak pula dia memberitahu perkara sebenar dan aku pula tak sempat bertanyakan yang lebih dalam kerana dia mula bertanyakan hal aku. Mungkin ingin mengelak. Aku mengerti sahaja.. mengikut rentaknya.

“single udah ni” ujarku dalam senyuman. Tp entah apa nama senyuman ini? Tak pasti ikhlaskah aku.

“aik, sejak bila pandai single2 ni? Ndak pernah dengar kau single!” tingkahnya dalam loghat sabah yang pelat.

Benar juga, detik hatiku. Sejak bila aku betah memegang title single?

Aku terdiam beberapa saat sambil spontan memandang wajah gadis itu.

Cuba

utk memahami sesuatu yg aku sepatutnya sedar dr dulu lagi. Aku tersenyum sejurus selepas itu dan ketawa.. Dan gadis itu rupanya sudah ketawa, mendahului ku. Pastinya ketawa atas sebab yg berbeza.

Rasa semakin bebas ~~~

Jangan hairan. Sebelum ini, sebelum berstatus single, semua diari2 dan catatan2ku adalah atas nama cinta. Kerana aku insan yang penuh cinta.

So, apa point cerita aku ni? Haha.. Fikirkan.

Sampai bertemu.

“mengapa tiada maaf darimu”

Filed under: KaTa Hati Ku? — fina-sophie at 1:23 am on Saturday, January 20, 2007

Sms ini sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2 menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka… luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Allah, mengapa cinta ini akhirnya begini…?

Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta. Cinta yang langsung tidak membawa aku lebih dekat kepada Allah..

Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat. Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta! Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini. Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta. Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2. namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka. Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah. Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan risiko salah memilih..

Hari itu, aku selongkar barang2 ku dalam laci2, kotak2, dan almari. Banyak juga yang masuk tong sampah. Sayang juga sebenarnya. Ada yang aku da simpan bertahun2. Tapi, maafkan aku wahai kenangan.. akhirnya aku terpaksa menghukum kau lantaran kau banyak mengingatkan aku pada manusia itu.

Sofrie.. semenjak perpisahan kita, sudah banyak malam aku tak dapat lelapkan mata. Cuma bila hampir siang sahaja aku mampu untuk tidur. Terlalu banyak persoalan mengasak fikiranku.. mengapa begitu, mengapa begini.. namun aku tahu, aku takkan lagi menemui jawapannya.

Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini. Halus menusuk.. pedih, namun indah.

Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda untuk tergugat…

Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya.

Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri.

Selepas bertahun2, aku menyedari, kasih yang kita bina sejak lama dulu sudah tidak seutuh mana. yang kini kau sebenarnya sudah tidak bahagia bersamaku. Dan menyedari, sebenarnya aku yang tak boleh jadi seperti yang kau idamkan dalam diam.

Aku tak mau dirimu rasa terperangkap.. menanggung rasa bersalah.. atas kesilapan lalu. Terasa hiba kerana apa yang dirimu lihat dalam diriku kini adalah hasil luka lampau.. kau bersamaku kini hanyalah untuk menebus kesilapan lalu.. stop blaming urself, sofrie! I love u.. ~so much. Tak kira bagaimanapun caramu, paling penting adalah, kaulah Mohd Sofrie. Empunya nama yang sering bertakhta dlm hati…. Tp cinta aku tak bisa buat kau bahagia.

Hingga akhirnya aku memilih untuk pergi. Mungkin lebih baik aku mencintaimu secara diam2. biarkan ia mekar subur jika Tuhan masih sayang pd hubngan kita.. ataupun biar ia tenggelam dibawa arus masa jika itu yang terbaik.. mungkin dirimu akan temui bahagia yang sungguh indah di luar sana.. Cuma pesanku, carilah kebahagiaan yang hakiki, sofrie. Jangan cari kebahagiaan yang bersifat sementara cuma. Supaya dirimu akan lebih mampu menghayati erti percintaan sebenar. Cari cinta yang boleh bawa dirimu makin dekat kpd Tuhan. Kerana aku juga akan mencari cinta yang boleh buat aku makin dekat pd-Nya.. Moga kau dan aku menemuinya kelak. Dengan itu, mungkin kita akan berhenti menyalahkan diri.

Berat jemari ini mengungkap kata2 akhir. Tapi, apalah erti andai diteruskan? Darimu aku belajar untuk membiarkan segalanya berlaku sendiri. Kata org putih, let it be by nature. Silap aku, aku sentiasa ingin cepat.. kini, kau sudah bebas, aku juga sudah bebas walaupun buat masa ini kita mungkin akan masih dibayangi kisah lalu.. apapun ia, kita sampai di sini saja.

Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, sofrie. Syarat utama membina hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.

Doa dan harapanku untuk melihat dirimu bahagia akan sentiasa mekar mewangi…

peristiwa menSILAPkan dirii

Filed under: Current Affairs — fina-sophie at 2:50 am on Tuesday, January 16, 2007

semalam ulang alik dari dkg 5 > FPA > HEA > PSB > Lego (perut jgn lupa utk di isi ^^) > Dkg 3 >  PSB > FPA > HEA > pejabat TNC (akademik & antarabangsa) > FPA >> terbabas balik kachi 2 (siot tol pakcik bas tuh.. tak pasal2 terponteng kelas)

malamnya temankan roomate amik laptop kat Mall.. (laptop die kene format).. balik lewat cuz terus pi perjumpaan blok F bukit Kachi 2.

Surat cinta nak hanto kat TNC plak lom siap lagi. sempat tulis alamat je.

balik je bilik, siapkan.. and after perah2 otak carik ayat yg sesuai dan buleh mengkonkritkan keyakinan pihak tersebut, aku pown tido.. ngantuk n fenat!

esoknya (hari ni) pegi hantar surat tu kat pejabat TNC.. (kena tggu sampai next week.. harap2 kena approve. amin!)

and to0o0o0o0o000 late to realize that.. i wrote that letter with the date of 2006!! dsvgnuymiunjtfhynu!!!!! i must be out of my mind..! it’s the TNC i wrote that letter to! hua…. now i understand why people so dumb to say.. "i wish i can turn back the time!"

~~i do turn back the time >>>2007–>2006<<<  0_o

craZy me.