aLL i ReaLLy NeeD is TiMe..

” I know I can be a little stubborn sometimes.. A little righteous and too proud.. but I do want to find a way to compromise Cos I believe that we can work things out….. “

20th October ‘06

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 8:25 am on Friday, October 20, 2006

this is my last day pose kat kolej ni.. for this year.. hehe.. esok flight balik Sabah. berdoa semoga segalanya berjalan lancar…

bye peninsular malaysia.. will be back.

Jawapan Di Persimpangan..

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 10:27 pm on Thursday, October 19, 2006

Perjalanan hidup ini

Sangat panjang

Bagaikan kembara

Yang tiada hujungnya

Di sini ku berdiri

Di persimpangan

Jauh perjalanan yang kini ku renung

Oh di manakah kau yang ku cari

Dalam kembara ku ini

Mengapa kau singkir ku ke tepi

Bagaikan ku tak berharga lagi

Perjalanan hidup ini yang mencabar

Menguji segala kekuatan

Oh dalam kembara yang penuh debar

Ku berpegang jalanmu oh Tuhan

                                    …. still looking for the answer ….

18th October 2006

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 3:45 am on Thursday, October 19, 2006

Semalam tido jam 2 pagi. Esoknya bangun and bersiap ke kuliah. Adusss ngantuk jugak pagi ni. Rajin pulak Armin datang kelas pagi ni. Pelik. Tapi benar. Dia kata satu malam tak tido. Waaa.. jd apekehal dtg kuliah yang tak wajib ni? Bukan ada amik attendance pon. Memang otak dah terbalik dah kot. Ape la.. time wajib, malas dtg..

Lect pasang lagu opera di awal kelas. Cewah.. layan jap. Hehe.. sikit je student yg datang pagi ni. Yg lain ade yg da balik kg, tak kurang jugak yg memang malas datang. PC kat DKG 2/4 tu rupanya belum ok lg walaupun lect kata dia da minta org yg in charge dlm hal ni utk fix PC tu. Cian lect.. hehe..

Aduh.. slip exam suliza! Balik je Kachi, aku bergegas ke pejabat am, bertanyakan tentang surat yg sepatutnya sampai hari ni. Dalamnya terkandung kad matrik suliza.. tp surat tu belum smpai. Naik bilik, singgah bilik Miza, pinjam nota Statistik dia. Mana tau ade nota yg dia ade tp aku takde. Sampai bilik, cek punya cek.. mata rasa mcm nak lelap pulak. Sblm tido, aku selit masuk kad raya yg aku tulis utk dia smlm.. and, zzzzzzz….

Bangun jam 1400 tepat. Wat ape yg patut, and turun semula ke pjbt am Kachi 2. surat dah sampai! ^^ selesai perkara pertama. aku segera naik bas masuk kampus. Bawak sekali fail miza. Dia dah nak balik Kelantan petang ni. Tak tau la camaner nak jumpa dia.. Sampai kampus, aku tak turun kat DKG 5. tunggu sampai DKG 1 baru turun.. mana tau terjumpa Miza kat sekitar sana. And, luckily, jumpa jugak.. huhu.. selesai perkara yg ini.

Bergegas pi HEA. Fuh.. jauh giler. Bedak pun da cair nih. Nasib baik amik jalan teduh sikit. Panasnya takyah nak citer la. Panas lain macam. Sampai ke HEA, diorg suruh naik atas bayar denda dulu kat Jabatan Bendahari. Tanpa byk soal, aku naik. Mak aih.. panjangnye barisan. Ramai lagi yang lewat amik slip upernyer.. dah siap urusan kat sana, aku turun lagi ke HEA. Rasa macam semua mata memerhati. Semacam jugak rasanya, tp aku wat tau tau. Abang kat kaunter tegur.. tanya tentang etika pakaian…… ALAMAKK.. Baru aku sedar.. aku just pakai t-shirt.. n pakai seluar jeans pulak tuh! Pihak universiti da tetapkan, kalo berurusan dgn pihak U time waktu pejabat, kena pakai pakaian formal.. and jeans memang tidak dibenarkan. Aku betul2 luper. Agaknya sebab belum biasa lg. Takpe. Jadikan pengajaran. Nasib baik abang kaunter tu bagi muka juga.. tu pun lepas buat muka seposen. Jual longgok pun org tak mau beli. Sebelum beredar aku sempat minta maaf. Yelaaa.. org da wat silap.. budi bahasa budaya kita beb.. ^^ yang penting, urusan yang ini dah selesai! Su nampaknya da bleh tarik nafas lega. Aku pun gitu jugak. Sebab tanggungjawab ni aku yang galas.

Selepas bukak posa, Aila buat persiapan akhir nak balik Perak. Bestnye die balik awal… jam 2100, pi turun mall. Bas yg amik Aila nanti tunggu kat sana. Carik2 jugak armin.. td call dia tak sambut. Hm.. kate nak jumpa mlm ni. Nak amik nota Asas Keusahawanan. Lepas hantar aila naik bas, aku ajak armin duk kat mana2 meja kat mall. Sbnrnya nak online. Tp no connectivity. Hampes. Padanla. ‘Virus’ ade kat sebelah.

Sms Dzul.. dia pun datang. Nak amik nota PME. Dia bawak sekali jwapan soalan tutorial Business Accounting. Ni yang aku suke ni. Kawan ingat kat kawan. Hehe..

Armin hantar aku balik sampai depan pintu masuk blok aku. Dia terus gi Cafe Sri Kachi.. depan blok aku jer. Hmm.. Nak jumpa kawan tu ler tu. Heh! Jeles tu memang jeles.. sebab die dah ade kawan pompuan lain selain aku. Perhatian dah teralih sedikit. Dahler aku ni sukekan perhatian.. ^^ tp takpe la.. dia juga ada hak utk berkawan dengan sebanyak mana yang dia nak. Seperti juga aku.

Sampai bilik, aku cadang nak turun semula. Online kat depan pejabat am sebab tak dapat connection td. Yaaa.. aku juga lupa bg kad raya ni kat Armin. Masi dlm beg lagi. Hantar sms kat Armin tp dia balas sekali je. Pastu da tak balas da. Busy sgt ke? Huhu! Tak lama pastu aku hantar sms kat dia.. tak jadi jumpa la. Aku capai pencaj laptop, and turun sekali lagi. Rajin jugak aku turun. Nak naik bilik aku ni mmg bikin penat. Tingkat 5. takpe. Esok kang aku jadi Naib Canselor kat UUM ni, aku nak wat lif. Utk sume kolej2 kediaman kat UUM. Tempat pertama aku nak wat, kat kolej Bukit Kachi 2. hehe.. sampai kat tempat yang dituju, dari jauh lagi aku nampak Yardley. Tak susah nak cam budak iras muka omputih nih (actually muka ala arab pun ada). Jully pun ada. Kat sana tak bleh online pulak daaa.. yardley plak nak update antivirus dia. So, yardley nmpaknya nak pi mall. Katanya signal kat sana sentiasa ok. Yela tu.. td aku dok sana tak dpt online pun. Sambil dok bersembang jap kat tangga tuh, aku terlihat sesuatu.

Yang lainnya aku malas nak citer.

Syukur bleh online kat mall ni. Chatting ngan Luke. Agak boring. Tp still go on. Mula2 kenal.. gini le agaknye. La question est plus enteressante que la response. Die kate.. his maths prof’s pylosophie. Hmm.. question is more fun than the answer is. Gitu ar lebih kurang maknanya. Hmmm.. betul jugak kan. And, maybe in maths application only. Heheh!! But anyway, i bet he learnt a lot from his maths prof. ;)

Ok all.. kesimpulannya hari ni, entahla. Otak pun berserabut. yang pasti, aku sekali lagi terlupa nak bagi Armin kad rayanya neh. ape la..

16th October 2006

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 6:23 am on Tuesday, October 17, 2006

Aku bangun lewat lagi. Jam 0705. Bergegas mandi, kerana kuliah Asas Keusahawanan habis hari ni. Mungkin. Semangat sikit nak gi kuliah. Padahal attendence tak amik pun. Well.. i come for the final exam tips. ;p Entah dekat2 balik raya ni aku sengaja sibukkan diri. Rajin pulak dtg kuliah. Hehe! Mungkin nak masa berlalu cepat. Kalau dulu, pantang ada kelas batal. Cepat je aku bleh hidu.

Komputer kat bilik kuliah 2/4.. hampes betui. Entah nape asyik on off otomatik. Sbb tak sempat habis silibus – banyak buang masa tunggu PC tu on balik.. untuk guna powerpoint -, lect postpone kelas lagi smpai Rabu ni. Utk cover chapter 10. nampaknye kena bangun awal pula. Takpe takpe.

Balik ngan yardley, amik slip final exam kat pejabat am Kolej Bukit Kachi 2. Just for sem 1. niat hati nak amik jugak kad merit. Dah lama terbiar kat pejabat am tu. Tp nak cari kad merit aku di balik timbunan kad2 merit lain, aku tak sanggup. Dahlah org bersesak2 kat dalam..

Naik bilik, tukar baju, and turun pi lab. Tak dpt online kat bilik skrg ni. Dah lama tak online kat bilik.. signal asyik low. Turun ke lab pun saje nak cek akaun friendster.. lawat shout-box fakulti, and cek emel kat akaun yahoo. Kalo ade kwn yg tgh online.. chat jap ler. Dak Turkey, Hoahina, tgh online. Sbnrnya malas nak chat ngan dia. Hari tu cepat je dia add aku dalam yahoo messenger. Mcm ade satu instinct tak senang.. tp aku teruskan juga chat ngan dia. For the second time. Maybe aku ni yang pikir byk sgt. Ye dok? Tp… Sah! Betul le pe yg aku dah agak. Die ni tak senonoh. Baru nak ban dia, penggunaan pc tamat. Huh.. nasib baik dia. Pasni aku online nak buang nama tu. Pe pun, aku tak salahkan dia.. dunia cyber.. mcm2 kita akan jumpa. Segalanya terpulang pada diri sendiri. Pandai2 lah menilai.

Naik bilik. Segala perasaan yang aku rasa kat lab tadi aku tinggalkan kat sana jugak. Tak la fikir sgt. Sampai bilik, wat ape yg patut, and tido. 1600 aku jaga. Bersiap ke kelas Business Accounting. Wanchu dah balik2 miskol. Nak suruh aku cepat siap le agaknya tu. Sebelum kuar bilik, hati tiba2 tergerak nak bawa payung. 1623 aku turun, singgah bilik Wanchu kat bawah tu. Dia balik terengganu hari ni. Ponteng kelas KAL. Tp agaknya takpe.. Lect tu je yang ngade nak amik attendence. Kan minggu bar da habis. Actually kemungkinan besar inilah kali terakhir kitorang akan nampak muka lect yang jahat neh. Dgr citer, this is his last year. Td pun dia mention yang dia akan ke America. Sambung study kot. Mula2 kenal, mmg nmpak mcm jahat tapi sbnrnya hati baik. Cuma, suke wat lawak yg kekadang bleh wat orang gerun. Tadi pun, seperti biasa aku duk depan. And, seperti biasa aku tak bleh la pandang lect ni. Aku asyik tunduk jer. Buat2 busy. Buat2 tak tau. Sebab dia pandang macam ada hati nak kenakan org. Suke plak tu ketawakan org. Tensen jugak. Dah ler aku sorang2 jer duk kat baris depan.. biasanya Wanchu la teman aku tapi dia dah balik. Tapi dlm tensen2 tu tahan jugak aku duk depan setiap kali kelas dia. Heh.. yang aku geram tadi, dia buat quiz.. apehal la… selepas dpt tips utk final exam, kelas habis. Our last KAL class end!

Kuar kelas, hujan lebat kat luar. Nasib baik td tergerak nak bawa payung, padahal sblm ni takla rajin sgt. Balik sesamer ngan Jully. Kelas sama td tp duduk tempat lain2, kuar lain2, tp terserempak dlm perjalanan ke stesen bas Kachi. Hujan lebat giler. Ku kira baru 30 minit hujan, tp dah banjir sedikit. Waa.. cepatnya. Aku kena kejutan budaya sikit. Maklumlah, kat Ranau kawasan tanah tinggi. Hujan lebat sehari pun takkan banjirnyer.

Tak ramai yang turun bazar. Hujan lebat. Sape la yang rajin sangat turun. Err.. tu pun kalo bazar masih ade. Turun je dari bas, lebih kurang 1840, aku decide utk beli makanan kat cafe Sri Kachi tu je. Masuk je cafe, dah terlalu ramai org. Namun ku teruskan jua, biarpun bekas2 lauk banyak da yang licin. Panjang jugak barisan. Bentuk bulatan gitu. Rasa mcm nak tangkap je gambar. Sebab bukan selalu boleh nmpak mcm nie. Hehehehe.. nasib baik aku belum ade kamera digital lagi.

Selesai sumer urusan, naik bilik. Aila pun ade kat bilik juga. Busy ngan ‘assignment’. :p .. tapi jam 2000, lebih kurang, dia bersiap ke kelas. Tak lama, aku sorang2 lagi. Mandi, cuci kain yang da bertimbun. Siap sumer.. urus diri.. time tgh keringkan rambut, pp sms. Tanya kabar. Kitorang ber’sms’ la jap. Lame dah tak sms. Then, miza sms tanya kat file mane lagu Michael Jackson- Give Thanks To Allah, dan Frust Song Of Siti yang aku letak kat laptop dia hari tu. Hurmmm.. actually aku pun da lupe da.. By the way, guys! Korang da dengar lagu2 tu ke? Aku dapat dari www.tokeikedai.net.my . Hampir jam 2200, aku turun. Nak online kat bawah. Kat depan pejabat am tu. Singgah jap bilik miza, copy balik lagu2 tu dr pendrive ke laptop miza. Agaknya hari tu aku tersilap move.

Sampai kat depan pejabat am, dah on laptop.. tp heran, tak bleh online. Aku geram sangat. Geram ngan laptop nih. Tak dapat open online page or even smiley yahoo messenger tu pun masi dok tido lagi. Padahal dapat connect gak and connection sampai tahap excellent gitu. Aku tak tau banyak pasal hal2 komputer ni.. ni yang cemas sedikit. Aku panggil yardley turun, bgtau IP address nak tau camaner. Die tak balas langsung. Takde kredit agaknye. Dalam pada tu aku explore sendiri ape2 aje yang bleh dibuat asalkan bleh connect. Jumpa IP address.. and try punya try masi tak dapat lagi. Aku call yardley, dia kata dia kat bilik kawan dia, tp jap gi dia turun. Dzul sms, tanya aku tgh watpe.. ha.. mamat ni. Aku tengah kalut nih. Takut laptop yang ade prob. Yardley sampai. Buat punya buat, akhirnya dia kata dia pun tak tau nak wat camaner. Dia ada hal lain, jd dia balik awal. Takut warden nampak dia pakai seluar pendek paras bawah lutut. Memang warden ade time tu. Dalam pejabat am. Lagipun pengetua ade kat kawasan pejabat am tu. Ngan sorang lagi org bawahan die. Berpengaruh juga dalam carta organisasi pentadbiran Kolej Bukit Kachi 2. Tak tau nape.. lari2 mcm baru nampak hantu. Haha.. yardley amik peluang blah dari situ. Lari2. Org memang suke lari2 kut time cuaca sejuk2 gini. Hehe..

Aku pindah lokasi lak. Pegi masuk cafe. Try online kat sana. Aku pilih meja bulat yang takde orang. Mmg tak berapa rajin nak campur ngan org. Tak sedar, abang yang bukak kedai peralatan komputer kat mall kachi tu ade kat sini. Bukan nak heran ape.. cume kalo takde urusan, lelaki jarang masuk sini. Kolej Kachi 2 kolej pompuan. Kalo sekadar utk lepak2, memang lelaki takkan datang sini. Agaknye dia jmpa abang komputer yang buka kedai kat dalam cafe kachi 2 ni. Nak jugak tumpang tanya kat abang yang macho tu -aku panggil dia abang komputer mall kachi-, pe mslh ngan laptop, or mmg connection yang mmg tak ok.. tp dia tengah jumpa org. Ngan sorang dak pompuan. Satu blok ngan aku. Waa.. melepas aku. Dahla aku tengah mengong nak wat camaner ngan laptop ni.

Sudahnya, aku tanya abang yg sorang lagi. Abang komputer cafe kachi. Woo.. panjangnyer nama. Sebab tak tau nama le mcm ni. Haha.. ehm.. dia kate bukan masalah laptop. Sebab wireless ni ade limit penggunaan dalam satu2 masa. Ramai sangat org yang online kat kachi sekarang ni agaknya. Hmm.. malas nak tunggu lama, aku off laptop, naik bilik. Dah beli makanan utk sahur esok pun.

Sampai bilik, borak ngan roomate jap.. and start tulis kad raya. Then ber’sms’ ngan dzul. Dia kate tengah tengok video klip alizee.. minah dari france gitu  -asyik ngan video klip aje dia nie-.. then, citer sikit pengalaman aku kene ‘usik’ time cuti mid sem baru2 ni. Dia lambat reply msg, mata pun mcm ngantuk dah, so bye bye. Nak tido dulu.

See u tomorrow. Huargghhhh..

DoNt’T PuT mY HeaRT oN HoLd, deaR..

Filed under: my FaVouRiTe LyriCs — fina-sophie at 9:57 pm on Thursday, October 12, 2006

Ilustrasi04

All thru my younger years
I’ve learnt a thing or two
Never play with hearts you care
Lest they break because of you
Some of us really believe
The rules they don’t apply
And every now and then
Some where always makes you cry

Now you can refuse to answer all my calls
And you can pretend to know nothing at all
Maybe you’ll smile and say you’ll take the chance
To see me now and then
Whatever you do
Please don’t put my heart on hold again

Don’t be too naïve to think
I’ll always stay the same
You’re gonna have to let me know
If you’re still in the game
We’ve been thru it all before
And lately I’ve seen change
But baby don’t you keep me out
Cos one day you’ll be the one without

I need to know just where you stand
Don’t want to live life without a plan
Cos I need to know that I can count on the one I love

Now you can refuse to answer all my calls
And you can pretend to know nothing at all
Maybe you’ll smile and say you’ll take the chance
To see me now and then
Whatever you do
Please don’t put my heart on hold again…

Renungan.. HAWA

Filed under: Books — fina-sophie at 9:34 pm on Thursday, October 12, 2006
Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun
adikku… wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam… Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapi sayang… golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan…

Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya… Mungkin bukan di dunia… tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia… asalkan cinta ILAHI mengiringinya…tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku… sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik… Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia… berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu’alam

THe TRouBLe WiTh LoVe iS …

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 3:39 pm on Tuesday, October 3, 2006

Love can be a many splendored thing
Can’t deny the joy it brings
A dozen roses, diamond rings
Dreams for sale and fairy tales
It’ll make you hear a symphony
And you just want the world to see
But like a drug that makes you blind
It’ll fool ya every time

The trouble with love is
It can tear you up inside
Make your heart believe a lie
It’s stronger than your pride
The trouble with love is
It doesn’t care how fast you fall
And you can’t refuse the call
See you’ve got no say at all

Now I was once a fool it’s true
I played the game by all the rules
But now my world’s a deeper blue
I’m sadder but I’m wiser too
I swore I’d never love again
I swore my heart would never mend
Said love wasn’t worth the pain
But then I hear it call my name

Chorus

Every time I turn around
I think I’ve got it all figured out
My heart keep callin’
And I keep on fallin’
Over and over again
The sad story always ends the same
Me standin’ in the pourin’ rain
It seems no matter what I do
It tears my heart in two