about a friend..
“ A’kum.. Nana, aku blum jumpa lg kwn mcm ko dsini.. Aku mcm tada kwn je. Sedih tau. Nana, ko pi sini. Aku nak mcm sklh mnengah. Argh… “
Sent:
03:07:27 _ 21 Sept. 06
Kesian Tia…
Mengimbas semula kenangan lalu, kerana aku pelajar baru, mana2 rakan kepada rakan aku time tu akan diperkenalkan. Tia salah satunya. Aku ingat lagi. Time tu di surau. Kami sesi petang. Bila masa selepas azan, pljr muslim dibenarkan keluar utk mengerjakan solat di surau sekolah. So, kenal hampir sume pelajar muslim pompuan form 3 kat sana la. Bila diorg perkenalkan aku pada Tia, aku lihat dia hanya tersenyum. Namun senyuman hambar. Sombongnye.. nama pun pelik. Satria.
Sebenarnya aku tak sangka boleh berteman rapat dengan Tia kerana.. hemm.. pada mulanya aku tak suka kat dia. Mengimbas kembali, hari tu aku escape kelas. Aku kelas Tingkatan 3 Kenanga.. tapi hari itu, selepas waktu rehat, aku pegi ke kelas Tingkatan 3 Dahlia, kelas Amoy, temanku yg paling gila dan sempoi. Hehe! Memang salahku ketika itu, tapi tak sangka berani pulak dia tegur aku. Huh!
Aku takkan escape kelas kalau tak kerana aku malu. Sungguh! Nak dijadikan cerita, dua masa sebelum waktu rehat, cikgu kitorg tak masuk mengajar. Padil, sepupu aku yang bertuah tu ambil diari atas mejaku time aku tgh leka bercerita dgn rakan sebelah. Aku tau dia hanya mengusik tp risau jugak aku kalau dia bukak buku diari tu. Payah sikit nak percaya. Berbekalkan niat utk menyelamatkan diari itu dr jatuh ke tangan org2 yang tidak bertanggungjawab, akhirnya aku.. gedebok! Jatuh tersungkur dekat kerusi plastik milik kerajaan berwarna biru. Terbaring di situ. Dalam kelas. Depan semua org. Depan boyfriendku ketika itu, Fizar. ARRRGGGGGGGGGGGGGHHHHHH!!! Tensen! Semua terdiam memerhatikanku. Mujur tiada yang ketawa. Kalau ketawa pun sekurang2nya tak sampai di pendengaran telingaku. Padil terpaku di tempat dia berdiri, berhenti gelak. Aku terdiam seketika dalam posisi tadi, namun selepas itu angkat badan untuk berdiri. Setelah menyapu bajuku sedikit, dengan muka sardin, aku keluar kelas. Ku lihat padil segera meletak diari itu di atas mejaku dan terus berlari mengejarku. Aku benar2 marah dan rasa malu.. . jadi aku nangis lah.. huhuhu.. nangis belakang blok bangunan bilik2 darjah. Sblm tu aku dah suruh padil balik. Mencih!
Selesai dengan ‘urusan’ tu, aku naik kelas amoy, tapi amoy takda kat kelas. Appu yang kata. Aku turun lagi.. pusing blok. Time aku amik keputusan nak naik ke kelas amoy lagi, amoy sudah terpacak di hujung tangga dengan pen di tangan. Rupanya dia tengah cari aku, dgn wajah risau. Entah apa appu ckp kat dia. And, aku pun tak tau apa sangat yang dia suka pegang pen bawak jalan2. selalu mcm tu. Tp skrg tu tak penting. Aku kata kat amoy, aku nak stay kelas dia lepas rehat ni. Bulat mata dia tanda heran aku tiba2 jadi samseng. Kehkeh..
Sampai aje kat kelas dia, kitorang duduk dan aku ceritakan apa yg berlaku kat amoy. Barulah dia faham. Nasib baik masa lepas rehat diorg takda cikgu masuk. Kalo tak, kat manala aku nak merempat. Aku masih baru di sekolah tu. Masih bergelar pelajar baru. Masih tak ramai yang rapat. Lagipun aku pendiam ketika itu. Ngan amoy aku kenal la sebab da kenal dari sekolah rendah lagi. Sambil bercerita, tak semena2 ternampak bayang cikgu Raymond Kipas melintas kelas 3 Dahlia menuju ke kelas 3 Kenanga. Amoy segera menyuruh aku memalingkan muka. ‘jangan pandang!’, ujarnya dgn nada perlahan tp keras. Hah! Dia da tunjuk kepakaran tuh! Hehe.. tapi….. Waaaaaaa.. risau juga aku. Tapi untuk kembali ke kelas itu, aku masih malu yang teramat sgt…
“Hasnie, kelas kau tiada guru masuk ka?”
Tiba2 satu suara menegurku dari belakang. Oh rupanya org yang sedang khusyuk menelaah tadi menegurku. Em.. erk? Rupanya budak nih. Mejanya dibelakang meja amoy. Dia memandangku serius. Macam aku ni pesalah. Gerun juga aku. Serius giler.. bisik hati. Amoy ku lihat memberi isyarat menyuruhku berkata ‘tiada’. Hehe.. tahap profesional dah rupanya sahabatku ini dalam hal macam ni.
Aku lantas mengeleng, konon2 cikgu tak masuk. Tapi dalam hatiku sudah mula menggerutu. Penyibuknya perempuan belakang meja amoy nih!
And, itulah first time Tia tegur aku. Hehe..
Korang, nak tau tak? Tahun lalu, salah seorang temanku menceritakan sesuatu padaku. Sampai sekarang buat aku tersenyum sendiri. Tentang kisah seorang budak perempuan form 3 kenanga tahun 2001 jatuh bagai nangka dalam kelas. Aku tahu, aku lah maksud penyampai kisah tersebut. Setahun aku duk dlm kelas tu. Aku taulah cuz aku je yang pernah jatuh! Kesian teman ini, tidak tahu apa2 dan tidak tahu dia silap org. Bila aku tanya siapa yg penyampai kisah tu kat teman tersebut, teman itu menyebut nama Peter Lee. Rakan sekelasku dari form 3 sampaila 6 atas. Cis!
Daaaaaaaaaaa….!!