aLL i ReaLLy NeeD is TiMe..

” I know I can be a little stubborn sometimes.. A little righteous and too proud.. but I do want to find a way to compromise Cos I believe that we can work things out….. “

Kad Raya :]

Filed under: 0ther.. — fina-sophie at 3:46 am on Thursday, October 9, 2008

PROGRAM TEKNOLOGI PENJANA MODAL INSAN DI KAMPUNG BARU POKOK SENA

Filed under: Occation — fina-sophie at 5:37 am on Friday, February 8, 2008

Assalamualaikum..

berbulan2 aku tidak menjenguk blog d friendster.. sesekali rindu juga utk mengepost sebarang entri. entri ini dari blog baruku.

31 JANUARI – 3 FEBUARI 2008

31 JANUARI 2008

ESEMES

Sedang aku melayan lagu ‘I still Believe’ dendangan Mariah Carey di kafe Kolej Kachi 2, mata tertangkap susuk tubuh seorang teman UUM, budak Kachi 1, lalu di hadapan cafe melalui kaca lutsinar. bekas teman sekelasku sewaktu di Sabah. Dia yang sedar akan kehadiranku kelihatan seperti ingin cepat. Saling senyum dan berbalas lambai cuma. Hati terdetik, apa agaknya yang dia lakukan cuti tahun baru cina ini..

Dan jari pantas mencapai punat telefon, mengesemes teman tersebut.

Setelah beberapa kali berbalas esemes, dia bertanya..

[word, excel, powerpoint.. ok kan?], dia memberitahu mereka kekurangan ahli. Ada yang tarik diri saat akhir. Lalu mengajakku ke Kampung Baru, Pokok Sena. Katanya tempat itu di area Alor Setar.

[Program bawah fakulti. Program Teknologi Penjana Modal Insan. Objektif program, mendedahkan kepada penduduk kampung tentang aplikasi komputer], Ujarnya setelah ditanya. Aku cepat sahaja bersetuju. Bukan senang punya waktu senggang utk aktiviti seperti ini.

KAMPUNG BARU, BATU 14, JALAN NAKA, POKOK SENA

Jam 5 aku sudah duduk di hadapan pejabat am kolej. Khaliq akan menemankanku hingga ke shahab, dan teman yang bernama Robert itu akan datang mengambilku di Shahab bersama ketua projek.

Sampai di Shahab, baru aku tahu, imran-lah ketua projek tu. Biasa nampak.  Juga biasa tercuri dan mencuri pandang.

Sampai di dewan kampung.. Robert sahaja yang benar2 aku kenali di sana. Yang lain kelihatan familiar. Selain aku dan robert, ada 5 lagi perempuan dan 4 lelaki. Dalam 8-9 orang budak kachi. Aku salam dan berbual sebentar dgn mereka agar nanti tidak kekok bersama2 bekerja.

BRIEFING

Aktiviti malam itu ringkas sahaja. Pengenalan kepada komputer. Peserta2 dalam lingkungan kanak2 sekolah rendah, dan pelajar2 sekolah menengah dari kampung tersebut. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan satu fasilitator setiap kumpulan. Ohya.. fasilitator. Aku, Cikgu Saiful dan Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah sebagai ketua fasi. Briefing tentang komputer, dan fasi setiap kumpulan cuma menolong menjadi tempat rujukan dan memperjelaskan lagi apa yang diterangkan di hadapan kepada adik2. Itu sahaja. Mata aku banyak melilau2.. masih mempelajari suasana dan orang2 d sana sebenarnya.

Setelah post-mortem, tiba masa balik. Aku ditempatkan dengan Asma di rumah keluarga angkat tidak jauh dari situ. Melihatkan cara dan perwatakkan Asma, aku terkenangkan bekas roomate-ku sehingga semester dua, Aila. Rindu kat Aila!

MOTOSIKAL

Asma tarik keluar motosikal dari perkarangan dewan. Dan aku mula kaget. Motor?

‘kita naik motor?’

Melihatkan keaadaanku asma bertanya, ‘kenapa?’

‘err.. fobia sket. Pernah accident.’ Bohongku dalam satu nafas. Narik nafas lagi dan hela. Mmg pernah accident, tapi dengan kereta. Kereta terbalik melepasi penghadang jalan. Arghh.. Bkn accident dgn motor. Tp benar, aku kurang gemar bermotosikal. Nampaknya kali ni mmg kena naik juga…. sepanjang program, inilah transport aku dan asma.

Dlm perjalanan.. ‘asma bawa slow sikit yea..’ aku shocked sebenarnya. Kali terakhir aku menaiki motosikal waktu sepupu aku dengan selamba membawa laju motosikal dan aku dgn tidak malunya menjerit2 spjg perjalanan. Nasib baik cuma jalan kampung.tapi selepas itu aku mmg tdk berani. Dengan keadaan tidak berhelmet dan tiada dinding pelindung seperti kereta, aku tiba2 jadi cukup cerewet dalam soal keselamatan.

‘jgnla macam tu’

‘saya percaya.’ Aku cepat membalas. Tidak mahu ada gelodak lain d jiwa teman baru itu.

Teman itu lega.

Perjalanan dalam 5 minit sahaja sebenarnya. Sepanjang jalan tadi gelap sahaja. Seperti melalui kawasan hutan. Oh Tuhan. Sedikit seram. Manusia bertopengkan haiwan yang paling ditakuti. Tetapi bila terasa bayu nyaman menyapa kulit d sepanjang perjalanan tadi, segalanya hilang d bawah angin lalu. Kampung ini terasa begitu mendamaikan.

Kami ditempatkan di bilik sederhana kecil. Namun cukup terasa selesa. Tdk ramai orang d rumah itu. Mak angkat, abah angkat, akak, abg dan seorang cucu kecil, airil.

1 FEBUARI 2008

SESI PEMBELAJARAN

Hari ini dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran aplikasi komputer. Microsoft office. Microsoft Word pada waktu pagi, Microsoft Excel pada waktu petang, dan malamnya pula Microsoft PowerPoint..

Robert berkata dalam senyuman nakal.. ‘kau tdk biasa naik motor kan’

Dan aku jadi pasti mesti nampak lawak aje reaksi muka aku waktu pertama kali aku membonceng motor semalam. Kau perhati ya bert.. haha..

Aku berkhidmat di makmal komputer. Berhadapan dengan karenah2 nakal peserta2 cilik yang asyik meminta utk dibenarkan bermain game dan macam2 lagi karenah lain, dan peserta2 dari sekolah menengah yang kadang2 mengada2. Kelihatan ganas, tapi manja. Itu jolokan pada budak2 sekolah menengah tersebut. Hehe..

KONVOI

Petangnya pengisian habis lebih awal. Teman2 merancang konvoi keliling kampung. Dan konvoi semestinya dengan motor. Aku? Aku cuba mengelak.

‘mengantuk’..

Namun setelah dipujuk sedikit dan memikirkan yang aku sendiri bukan selalu punya peluang ini, maka aku menurut sahaja. Kerisauan tdk berpenghujung yang mencanak2 hanya akan merugikan bukan?

Kami terus ke homestay, tempat tinggal Wie dan Jijie. Solat di sana. Kerana telah berjanji utk berkumpul d sana, sementara menunggu yang lain tiba, aku berjalan2 sebentar d perkarangan homestay. Sangat comel. Ada kolam buatan sendiri, pondok2 tempat istirahat seperti yang biasa aku lihat d filem2 atau drama2 melayu dengan padanan warna ceria, laluan kecil yang dihiasi dengan rimbunan pepohon yang dicantas dan dibentuk.. lanskap yang sangat cantik. Difahamkan pemilik homestay ini mmg cukup meminati seni landskap.

Antara destinasi sewaktu konvoi. Ladang getah, kandang lembu dan kandang kambing. Encik Mat penduduk kampung tersebut yang menjadi pemandu kami. Aku juga sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan motor. Lepas ni boleh ambil lesen motor pula. Hehe..

Pada malamnya, diteruskan dengan sesi pembelajaran Microsoft PowerPoint.

2 FEBUARI 2008

MAJLIS PERASMIAN

Pagi. Majlis perasmian. Program dirasmikan oleh YB. Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim. Merupakan seorang ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Program ini anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Pokok Sena dan Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Northern Corridor Economic Region Research Center (NCER-RC), dan ITU-UUM Asia Pacific Center Of Excellence. Ada nama yang agak baru dipendengaranku.

PENGISIAN

Pengisian hari ini. Waktu petang diisi dengan memberikan assignment mencipta slideshow yang paling kreatif utk peserta2 menengah sambil waktu riadah utk peserta2 sekolah rendah.

Utk acara riadah kanak2, antara pertandingan yang diadakan adalah Cari Gula Dalam Tepung, Tiup Belon Sampai Pecah, Kerusi Berlagu, dan Harimau & Kambing. Kakak fasi ikut bermain Harimau & Kambing. Sungguh seronok. Haha..

Malamnya lebih kepada majlis perpisahan. Juga penyampaian hadiah. Dan, ohya.. mempersembahkan hasil kreasi anak2 itu sepanjang petang mereka memerap di dalam makmal komputer. Assignment. Sambutan yang amat menggalakkan. Juga kreativiti yang patut dipuji. Kelihatannya kehadiran kami ke sini tidaklah sia-sia kerana nampak sangat pengetahuan yang kami terapkan telah mencambahkan minat dalam diri anak2 ini. Alhamdulillah.. syukur itu sesungguhnya milik ALLAH.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang cilik, juga pemenang2 slideshow paling kreatif. Kemudian hadiah kepada kami anak2 angkat kampung tersebut, dan hadiah balasan daripada kami kepada keluarga angkat masing2.

BERUCAP

Setelah itu, MC mempersilakan sebarang ucapan setiap daripada kami. 11 orang semuanya. Cikgu Saiful memulakan bicara dan mengakhirinya. Kemudian aku, maju menuju ke stage-mic  dengan rasa sedikit debaran. bercakap d hadapan org ramai sebenarnya di luar kepakaran aku.

Seingat aku, setelah memberi salam dan salam yang dijawap sepenuh hati oleh anak2 cilik itu buat aku tersenyum sedikit di hadapan mereka. Semua mata tertancap padaku dan aku mula bersuara. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada seluruh warga kampung yang bertungkus lumus bekerjasama menyediakan yang terbaik sepanjang kami di situ dan juga telah bersama2 kami dalam menjayakan program tersebut. Kemudian kepada mak dan abah angkat yang menjaga aku dan asma bukan sahaja bagai anak sendiri, malah bagaikan puteri. Aku lihat mak tersenyum manis di tepi sambil mengangguk2 kepalanya kepadaku. Semangat menjalar dalam diri. Juga aku berpesan pada adik2 agar memanfaatkan apa yang mereka pelajari daripada kami melalui program ini..

Mmg ada jeda 2-3 kali sebelum aku menyambung bicara. Sempat juga aku mengerling ke belakang tempat d mana rakan2 lain berdiri sambil memikirkan perkataan yang sesuai. Tapi alhamdullillah ku lepasi dengan baik saat seperti itu.

Setelah selesai acara berucap, sampailah waktu sesi bermaaf-maafan. Sesi bergambar kenangan juga bermula (sejak program bermula beberapa hari lalu lagi sebenarnya), bermacam2 aksi, dan aku tetap dgn low-profilenya. Lebih memilih utk menyaksikan sahaja. Hanya menyertai bila dipelawa. Robert-lah teman di sisi paling setia sepanjang program. Hehe..

POST-MORTEM TERAKHIR. INI KEJAYAAN KITA.

Post-mortem. Post-mortem terakhir. Kami dmaklumkan Van UUM yang akan membawa kami pulang ke kampus (dan separuh yang akan ke Shahab terus balik ke daerah masing2) adalah pada jam 10 pagi. Berkumpul esok pagi dalam jam 9.30 di lokasi terakhir, Dewan Kampung Baru.

Ketua projek menyimpulkan yang misi kedatangan kami ke sini tercapai dengan jayanya. Dengan kerjasama dari semua pihak.

‘Ini kejayaan kita.’ Sambil memberitahu yang program ini mendapat pujian dari UUM sendiri. Masing2 mengukir senyum senang.

Malamnya, tidur lewat seperti biasa. Asma juga seperti biasa, sebelum lelap, sempat lagi menaip2 sesuatu pada laptop. Menyelesaikan tugasnya sebagai setiausaha.

3 FEBUARI 2008

KEMBALI KE UUM

Aku dan Asma sampai d dewan sekitar jam 9.45 pagi. Abah hantar. Aku membawa sekali bekalan yang mak sediakan. Ada lemang! Hehe.. Mak masih d rumah, katanya bakal menyusul. D dewan ramai lagi keluarga2 angkat rakan2 lain yg datang. Masing2 beramah mesra aku yang sedikit pendiam hanya tahu membalas senyum dan menjawap jika disoal. Sesopan mungkin. Bagaikan bertemu bakal mak mentua rasanya.

Van datang. Dengan lambang UUM d pintu van. Aku menyalami mak dan abah. Insyallah datang lagi bisikku. Mak menghadiahiku sehelai kain tudung dan minyak wangi yang dibawa dari Kota Mekah.

PENGHARGAAN

Mmg sudah aku ucapkan, tp sekali lagi dikesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana menerima aku menyertai kalian utk program fasa pertama ini. Memang ada perbezaan latar pengajian di mana aku pelajar kaunseling sedang yang lain pula semuanya pelajar IT dan dua daripada mereka pelajar edu-IT namun kerana pengetahuan dan minat aku juga ada sedikit tumpah pada IT dan juga pengalaman khidmat masyarakatku maka tidaklah terasa canggung sangat. Terima kasih kepada ketua projek Imran, MPP wakil FTM yang menjemput aku bersama mereka lagi utk fasa ketiga. Fasa ketiga katanya lebih berbentuk kemasyarakatan seterusnya melancarkan laman web kampung tersebut. Insyallah.

Alhamdulillah selesai sudah…

Truth, Life, Love.

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 2:31 am on Sunday, September 9, 2007

menyaksikan sendiri kisah2 cinta org2 terdekatku, hati aku serta merta jadi tawar. tawar terhadap cinta. ditambah lagi dengan pengalaman aku sendiri..

aku akui, cinta tidak akan pernah lari dari air mata. perasaan jadi begitu rapuh saat cinta mengetuk pintu hati, saat ia mula menyelit masuk perlahan jauh ke relung hati, sehinggalah ia pergi dengan sendirinya. tidak pernah kering dari air mata. atau hanya aku kah yang berpendapat begitu? pengalaman bercinta aku sentiasa pedih. begitu agaknya corak kasih utk insan sprti aku. aku terima seadanya - i know i worth for every trial that Allah SWT sent me. dan masih tetap berharap kelak aku mampu menemui cinta yang byk ketawa dari air mata. lantas, bila aku menemuinya, aku yakin, itulah kasih sejati yang sebenar untukku. insyallah..

aku sebetulnya merasa semakin lemah dlm mengharungi hidup aku sehari-harian…

i love him, but..

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 10:14 pm on Friday, July 20, 2007

aku d sini lagi. lama aku tak jenguk ruangan ni.. mentang2la da ada ruang blog d tmpat yg lagi besh dan canggih.. blog yg satu ni aku lupakan mcm tu je. dah nama manusia, bila dpt gading bertuah..

neway.. life’s.. s0-s0.. have everything to love but still there’s many thing to hate..

nobody deserve me kot. person that i love seems going away, leaving me behind. i cried all nite.. reading all his messages, it’s too much for me.. i hate myself. i lose my faith.. and i lose faith in this relationship. i love him.. but,..

let me tell u.. i’m not strong enuf for all that. ya.. mybe i don’t cry infront of u. i don’t cry infront of my friends, but my heart do cry a lot. u just can’t take the way i am, aren’t u? fine. then leave me. i can’t live with person who doesn’t love me the way i am. i hate pretending everything’s okay.

i won’t say anything anymore. i won’t strive for this relation anymore. i’m tired…………………………!!!!!!!!!!!!!!!

Jejak Cinta Semalam..

Filed under: Uncategorized — fina-sophie at 8:06 pm on Sunday, June 3, 2007

ingat nie…

bila
kita ditimpa sesuatu masalah, jangan biarkan masalah tu menyelubungi
diri kita. jangan la kita mudah patah semangat & berputus asa, ita
mesti terus hidup!

kalau
nak buat sesuatu, ikutlah gerak hati kamu… kalau kamu rasakan boleh,
lakukannya! jangan la bila orang suruh baru nak buat!

keyakinan
diri. yakin ke tak yakin tu adalah perkara kedua. yang penting kamu tau
apa yang kamu buat, azam dan semangat kamu perlu kuat!! ingat tu…

ni
la quote yg ada kat dpn meja aku.. haha.. dpt dari mana ya.. aku
sendiri pun sudah tak ingat. sebab.. dah bertahun2. kata2 atas ni
biasa2 saja, tp mampu memberi aku suntikan semangat ~ wlaupun sbnrnya
seringkali aku lupakan..

hari ni..? hemm.. mak moy dtg rumah
hari ni. itu apa yang amoy cakapla. mak aku pagi2 lagi da kuar, p
klinik gigi. sakit gigi. cian..

aku bangun pagi ini ngan rasa yang kurang enak.. huh! what a childish fear!

aku mmg childish pun.. huhu..

ntahla, apa yang aku lalutkan ni.. hati ni memberontak, jiwa jadi kacau, dan segalanya rasa serabut..

smlm..

aku
t’dgr lagu Ella. tajuknya.. ‘aku, kau dan dia’. Lagu ni biasa saja..
but even biasa2 saja pun tp masih mampu menyentuh rasa kita, why not we
just let our heart flow, rite… sbnrnya lagu tu buat aku ingat kat ex..

dan
aku mula bercerita. pada amoy aku ceritakan segalanya.. apa yang
sebenarnya aku rasa. pengkhianatan paling sakit aku pernah rasai,
sungguh! rasa itu seakan dtg kembali mengetuk pintu hati, kenangan itu
seakan bermain d layar mata dan fikiran ~ mengenangkan betapa hancurnya
perasaan aku waktu itu.. hati aku smlm turut hancur. lumat. sayangnya,
aku tak pernah menyatakan exactly what i feel kpd tuan empunya badan..
aku tau, aku masih perlu belajar bagaimana meluahkan perasaan.
entahla.. dgn sofrie, lidah kelu berbicara..

itula penangan
mengimbas kembali kenangan pahit yang blm padam parutnya dlm hati
kita.. sesungguhnya, kehadiran dia slama 6 tahun dalam hidup aku begitu
terkesan dalam hati aku. masih lagi sehingga kini walaupun rasa cinta
itu sebenarnya telah tiada untuknya.. jejak dia masih ada..

mungkin aku boleh dedicate lagu ‘i don’t love you’ - MCR tu. hehe..

Jejak Cinta Semalam..

Filed under: current mood — fina-sophie at 8:06 pm on Sunday, June 3, 2007

hari ni..? hemm.. mak moy dtg rumah hari ni. itu apa yang amoy cakapla. mak aku pagi2 lagi da kuar, p klinik gigi. sakit gigi. cian..

aku bangun pagi ini ngan rasa yang kurang enak.. huh! what a childish fear!

aku mmg childish pun.. huhu..

ntahla, apa yang aku lalutkan ni.. hati ni memberontak, jiwa jadi kacau, dan segalanya rasa serabut..

smlm..

aku t’dgr lagu Ella. tajuknya.. ‘aku, kau dan dia’. Lagu ni biasa saja.. but even biasa2 saja pun tp masih mampu menyentuh rasa kita, why not we just let our heart flow, rite… sbnrnya lagu tu buat aku ingat kat ex..

dan aku mula bercerita. pada amoy aku ceritakan segalanya.. apa yang sebenarnya aku rasa. pengkhianatan paling sakit aku pernah rasai, sungguh! rasa itu seakan dtg kembali mengetuk pintu hati, kenangan itu seakan bermain d layar mata dan fikiran ~ mengenangkan betapa hancurnya perasaan aku waktu itu.. hati aku smlm turut hancur. lumat. sayangnya, aku tak pernah menyatakan exactly what i feel kpd tuan empunya badan.. aku tau, aku masih perlu belajar bagaimana meluahkan perasaan. entahla.. dgn sofrie, lidah kelu berbicara..

itula penangan mengimbas kembali kenangan pahit yang blm padam parutnya dlm hati kita.. sesungguhnya, kehadiran dia slama 6 tahun dalam hidup aku begitu terkesan dalam hati aku. masih lagi sehingga kini walaupun rasa cinta itu sebenarnya telah tiada untuknya.. jejak dia masih ada..

mungkin aku boleh dedicate lagu ‘i don’t love you’ - MCR tu. hehe..

MenCintaiMu..

Filed under: my FaVouRiTe LyriCs — fina-sophie at 4:58 am on Sunday, May 20, 2007

Mencintaimu…

Seumur hidupku

Selamanya…

Setia menanti

Walau di hati saja…

Seluruh hidupku

Selamanya…

Kau tetap milikku

Hanya satu yang tak mungkin kembali

Hanya satu yang tak pernah terjadi

Segalanya…

Teramat berarti di hatiku

Selamanya…

Mencintaimu…

Seumur hidupku

Selamanya…

Kau tetap milikku

New bLog..

Filed under: current mood — fina-sophie at 10:47 pm on Thursday, May 17, 2007

smkin byk respon yg aku dpt dr kwn2 tentang blog aku ni.. oh, kepada kalian, terima kasih byk2 atas support dan pendapat yg korang berikan pada aku. tanpa korang, mybe aku takkan rasa semangat sgt nak tulis something d sini…

pe pun, aku rasa aku nak buat blog baru.. skare ni in making. kat blogspot. one thing for sure, aku tak berniat lagi nak padam blog fs ni.. ingat nak minta tunjuk2 dak hyuuga tu tp rasanya aku nak explore sndiri dulu ar.. kalo bengap gak tak phm2, baru aku tnya dak tuh. hehe.. stkt ni tu je la yg aku bleh gtau korang..

emh. ya i’m in holiday now. skrg ni kat bilik d rumah. sorang. yg lain ada kat dapur kot.. aku je yg masih lepak kat atas ni. hehe..

meh la aku nak bercerita.

Pak Ku dtg amik aku kat kachi 2 sekitar jam 7pg pastu terus bertolak ke Kepala Batas. sampai airport je aku dgn kazenku, Ain, terus check-in.. fulamak.. beg ku over-weight! 17.5kg tu… huahuahua.. aku letak batu apa plak kali ni kat dlm tu ekk.. hehe.. rm16 melayanggg… lepas boarding gate, naik kapal, n carik tmpat duduk yg berkenan d hati.. air-asia bukan mcm MAS. MAS dah disediakan nmbor seat. aku amik tmpat dekat dkt dgn tingkap. then it goes with the stuffs.. Arahan memasang tali keledar.. langkah2 keselamatan… bila kapal terbang dah naik atas, baru la aku stat pejamkan mata…………………..

sedar2, kedengaran bunyi anak kapal memaklumkan yg kami akan smpai ke LCCT tdk lama lagi..

aduh.. tiba2 rasa mls nak cerita. nak aku smbung lg ke? takde apa yg best sbnrnya. hmm.. oya.. time kat airport Kedah, terjmpa gak member2 sabah yg sama2 study d uum.. sume dak batch aku. hehe.. hepi holiday la kat diorg..

kat LCCT, kena tunggu lagi flight utk jam 2.15 ptg. sementara tu makan nasik lemak– hoho.. nasi lemak special rm9.90. mineral water, rm2.20. cekek darah tol. haha.. pastu aku beli coklat, bawa utk amoy.

cuaca kureng sket.. flight delay smpai 2.55ptg. huh nasib baik delay jap je.. kalo delaynya smpai esoknya.. heeeeeee.. bez gak.. dpt gak jln2 kat kL ye dak? hehe..

nek flight ngan pasukan tentera berpakaian biasa.. miang.. nyampah aku.

spjg 2jam 30minit tu pun aku tidur ja……

5.40ptg - smpai kat terminal, terus amik bagasi, dan kuar ngan ain.. wah, lapangan terbang air-asia dah siap! great. parents ain dah smpai dulu. kami smpai ja, pakcik n makcik aku dah terpacak kat pintu gerbang. aku tau ayah belum smpai lagi.. on the way. kbetulan dia ada mesyuarat d Kota Kinabalu. sampai saja, kami terus
tinggalkan airport, cari tmpat mkn [aku sorang je yg makan- lapo nyer
pasal], lepas tu terus berangkat balik ke desa tercinta. sepanjang
perjalanan tu aku tak tidur.. yela.. da cukup puas tidur spjg flight td.

‘kenapa kau makin kurus?’ komen ayahku.

yaka kurus? aku just tergelak.. hehe..

pd 10 mlm bersamaan 16hb Mei, aku ngan ayah selamat smpai rumah..

suasana kecoh gak.. first skali dtg menerpa aku adalah my bespren, amoy @ suraya. wawawa.. dia kata aku dah kurus. no komen la.. teringat la rutin harian aku kat UUM. sekali sehari makan, tiap2 hari senaman naik turun tangga 5 tingkat, tu tdk masuk lagi ke sana ke sini terkejar ke kuliah..

masuk je rumah, pegi cium tgn mak dan carik udung!! haha.. amboi, kucing aku ni pun makin kurus..

esoknya aku bangun agak awal - amoy beriya mintak aku masak. duhhh.. malasnyaa.. rindu kat masakan aku yg kurang sedap la tuh. hehe.. bangun awal, tp, lepas amoy turun, aku tidur balik. 3-4 kali dia naik bangunkan aku, aku bangun tp tidur balik. aku belum bleh bangun awal nih. wawawa..

hari ni pun mcm tu - kali ni mak aku yg datang. pastu dgrla die membebel pagi2. aku senyum jek.. rasa mcm nikmat pulak kena leter. korang prnah tak mcm tu? berbulan2 jauh dari family, pastu balik umah pastu kena leter, bleh berbahagia pulak.. haha..

oklah.. aku lapar ni. dah jam 1.46ptg. papai.. nti aku sambung melalut lagi ek..

g0tta g0 >> i live my life f0r ….myseLf.

Filed under: current mood — fina-sophie at 2:04 pm on Sunday, May 13, 2007

phsycologically, kita akan mula rasa kehilangan bila dia pergi meninggalkan kita. saat dia masih di sisi, feels like we have forever to admit our feeling.. to tell the truth.. but when it leave? what do u have? nothing. u totally blew it up. u lost.

my fellow friends,..

if u love somebody, take time to tell them that u do love them rather than just assuming they would know exactly what u feel about them, before it’s too late..

tp di sebalik semua ini, yakinlah dengan jodoh yg telah ditentukan Tuhan. That’s the words that i really want to be beaten into me. really.

u can cry when u got a special  feeling for him, but he ignore it.. main tarik2 tali.

and when he starts to like you back…… and ur feeling for him is no longer that strong,… then i guess, leave it to Allah. let Him and Time do the work..

just live ur life. accept the way things goes round - up and down -, never regret it, live happily, and when it comes back… then that love is truely yours.

it never happen to me actually, but i know, by time, something will be proved..

i know it’s worth to believe so.

CoMe & Go.. who StaY?

Filed under: current mood — fina-sophie at 6:31 am on Thursday, May 10, 2007

aku tau korang tak tnya pun.. sumpah, korang mmg tak tnya. tp.. aku tetap nak ckp..


aku call byk kwn hari ni.. mula2 aku call bestfren aku kat Sabah, amoy. pastu aku call mak aku.. tiba2 first time terasa nak kaco along, so lancar saja aku menekan punat nombor.. walaupun debar d hati kencang juga rasanya. haha..

pastu aku call Tia, bestpren aku lagi sorang.. nak call bestpren yg satu lagi tp hmm.. nti mlm lah. pastu call As, sorang lg member satu kepala time kat sekolah dulu.. mmg satu kepala. sama2 jiwa seni.. bezanya, dia dpt melanjutkan pelajarannya d UMS dlm bidang Seni Persembahan, manakala aku dlm International Business Management..

Lewat petang, ex-classmate call.. Asrol! haha.. sungguh! mula2 aku kata aku cam suara tp tak ingat nama.. bila aku ingat, rupanya i mistaken him to someone else. wahaha.. what kind of friend la aku ni. baru setahun lebih tak jmpa..

kami borak ttg kwn2 lama.. byk juga yg kami mention. rasanya kami sama2 rindu dgn kwn2 dulu. rasa mcm masing2 dah semakin dewasa.. tapi kemesraan tu tetap ada. mcm da jadi adik beradik. hihi.. pe pun, aku mmg excited gile time dia call. sbnrnya tidak byk yg kami bualkan. just bertukar kabar.. dgn selingan acara usik mengusik.. dan aku juga dpt tau, rupanya dia dah jadi polis skrg ni. tahniah buat sahabatku ini. patutla tolak tawaran smbung study d UPM. kami semua sudah sedia maklum tentang cita-cita dia yg satu itu.. :)

akhirnya aku terfikir.. betul kata Along, buat apa mau terus bersahabat dgn org yg nyata tidak ikhlas dgn kita.. masih byk temanku yang lain yg setia berada d sisi aku. friends come and go in our life, the real one will stay while the others not.

but somehow.. i can’t go that way. as long as someone tu pernah buat sy hepi.. bahagia.. selagi itu tetap ada ruang utk memaafkan…

but if u ever thinking of taking advantage of me, better off my way u jerk.

Next Page »